Thursday, June 12, 2008
Dipetik dari(http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html)
utk pemahaman/renungan bersama.
Harga Minyak
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.
Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.
Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.
Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.
Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang!
Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!
Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.
Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.
Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.
Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.
Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.
Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.
Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.
Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.
Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.
Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
ps: moga2 kita bleh paham....tapi yg tak pahamnya buat yg kaki merokok, 5 kotak sehari tak pula mereka rasa itu beban. Sedangkan duit tuu bleh gak diserap utk kegunaan2 lain yg lebih berguna. species bengong gak tu.!
Wednesday, June 11, 2008
Sejarah Kenaikan Harga Minyak Malaysia
SEDIKIT INFO.
Sejarah Kenaikan Harga Minyak(seliter) diMalaysia buat tatapan kita.
Sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Terkini: 05/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
ps: yang pasti akan terus naik....kalau turun pun 15 sen dan naik pulak 60 sen hahahhaah.
Sunday, June 8, 2008
Naik lagi....
Persoalannya sekarang ialah bagaimana kita perlu menghadapi kenaikan atau krisis ini? Kita perlu tunjuk perasaan atau kita perlu mengawal perasaan?
Timbul sahaja sebarang isu, sudah ada badan, khususnya pembangkang yang berselindung atas nama NGO bersiap sedia untuk membantah walaupun mereka sendiri tidak mempunyai sebarang pilihan kukuh untuk keluar daripada kemelut berkenaan.
Pertanyaan dilontarkan di sini, ke mana perginya NGO yang menyokong kerajaan? Di mana kelab, persatuan atau gabungan yang bersama-sama kerajaan? Ke mana pula perginya badan-badan yang memang selama hari ini mendapat pembiayaan daripada kerajaan?
Kenapa mereka tidak bingkas seperti NGO yang mahu mengadakan demonstrasi jalanan.
Badan-badan ini seperti Komuniniti Bestari (dahulunya K3P), pegawai JASA, pemaju masyarakat di bawah KEMAS, pertubuhan belia hatta parti politik kerajaan sendiri wajar turun padang menemui segenap lapisan masyarakat menerangkan kenapa harga minyak atau apa jua, perlu dinaikkan.
Badan-badan ini bagaimanapun hendaklah terlebih dahulu diberikan taklimat dan penerangan sewajarnya daripada pihak kerajaan sendiri menerangkan bahawa subsidi perlu ditarik balik untuk membetulkan keadaan dan subsidi yang berjumlah berbilion ringgit itu boleh dihalakan untuk tujuan lain seperti pembangunan di luar bandar, bantuan kebajikan masyarakat, infrastruktur dan juga pembiayaan pendidikan dan sebagainya.
Apapun....mungkin cadangan yang bernas ialah Berbelanja secara berhemah dan berhati2 dalam segenap segi.
Mungkin ini yang terbaik sekarang Namun begitu....kepimpinan negara yang cemerlang, terbaik, bijak dan teratur
patut lebih diutamakan.
Tiada guna juga kiranya jikalau semuanya asyik 'MENAIK' sahaja, negara hancur dan porak peranda. Keadaaan begini memang akan berterusan, jikalau pemimpin negara yang asalnya dipilih membawa tanggungjawap rakyat TETAPI kini sibuk menrealisasikan agenda/manifesto pembangkang.
salah?
Saturday, May 24, 2008
Suasana muram....
Semalam tanggal 23 Mei 2008 adalah satu hari yang bakal diingati dan terpahat didlm sejarah Malaysia. Sejarah agak sedih kiranya.....
Lebih kurang pukul 5.45ptg, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh(Pedra Blanca), manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.
Bagaimanapun, ICJ memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Dalam keputusan berhubung Pulau Batu Puteh yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, 12 hakim memihak kepada Singapura manakala empat Malaysia, Batuan Tengah (15-1). Bagi Tubir Selatan ICJ mengundi 15-1, ia hak negara yang memiliki perairannya.
Mereka mengiktiraf tuntutan Kesultanan Johor terhadap hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh serta dua lagi, tetapi mengambil kira bahawa lebih 100 tahun Malaysia tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya ke atas pulau itu. (Agak malang, mungkin sikap azali 'takpa kot' yg jadikan ianya begini....Takpun mungkin kerana tiada kepentingan/sebarang kekayaan hasil bumi cthnya minyak dll...tak tahu lahh???)
Selain itu, surat Penolong Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yang tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh, dianggap mahkamah sebagai pengakuan penyerahan kedaulatan pulau berkenaan kepada republik itu.( Pelik....??)
Keputusan ICJ yang juga badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua negara serta tidak boleh dirayu lagi.
(....nampaknya mahkamah dunia dah membuat keputusan muktamad....yg tinggal kini hanya mahkamah akhirat je yg dapat mengubah segalanya...) takpun mahkamah US bleh menghakimi semula kot, yelaa kann US tidak mengiktiraf ICJ hehehhe...
ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh pada 6 November 2007. Dokumen ratifikasi perjanjian khas untuk memeterai persetujuan kedua-dua negara membawa dan menerima sebarang keputusan ICJ berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu ditandatangani Malaysia dan Singapura pada 6 Februari 2003.
Ini kali kedua ICJ membuat keputusan berhubung tuntutan wilayah bertindih membabitkan Malaysia. Pada Disember 2002, ICJ memutuskan Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di pantai Sabah, yang turut dituntut Indonesia.
INFO: Pulau Batu Puteh
Thursday, May 22, 2008
melobi.
From Wikipedia;
Lobbying includes all attempts to influence legislators and officials, whether by other legislators, constituents or organized groups.[1][2] Governments often define and regulate organized group lobbyingLobby(taken from TDM web)
1. In some ways Malaysia is ahead of some developed countries in the appreciation of what is right and what is wrong.
2. In the United States lobbying is permitted and honourable. Many famous figures, especially former members of the Government have firms which offer lobbying services.
3. Foreign countries, including Malaysia find this service very convenient. We lobbied for some favourable policy to be shown for palm oil, tin and rubber imports into the United States for example.
4. Independent think tanks can lobby for their ideas on foreign policy like the New American Century to be made the foreign policy of the United States. They were successful and a million Iraqis died as a result.
5. Before Castro the Cuban Lobby ensured that sugar produced by Cuba would be imported into the United States. Now an anti-Castro Cuban Lobby ensures that Cuban sugar is banned in the United States.
6. All these lobbyings are legitimate. You pay the lobbyists a fee (which need not be revealed) and they will lobby for whatever you want them to lobby.
7. In Malaysia we do not have professional lobbyist. But we also do not have a law against lobbying. Nor do we specify what constitute lobbying; which kind would be permissible and which would not.
8. But now we have apparently decided that lobbying is a crime and those who lobby or who are lobbied are criminals. I say, syabas Kerajaan you have made Malaysia more honourable than the United States.
9. Prime Ministers and Ministers and just about anyone with any influence or authority in Government are continuously approached to back someone or something. They may be asked to write letters in support of something or someone.
10. I should also mention Deputy Prime Ministers. They too are lobbied by a whole lot of people. I did not think they were doing something wrong.
11. But supposing a Deputy Prime Minister writes a letter of recommendation for his sister-in-law to an official or minister of another country who could be expected to take a serious view of the recommendation because the writer is a Deputy Prime Minister of a friendly country and the recommendation is for his sister-in-law, does this constitute lobbying, or corruption or abuse of power. We need to know so that such letters of recommendation would not be written again. We need to know if they were written before, can action be taken against them now since we are now taking action on things which happened in the past. By being very clear about the past, the present and the future Malaysia would become highly regarded as the epitome of righteousness and the practitioners of the rule of law.